Saturday, February 19, 2011

Beribu Ampun Dan MAAF

Salam 1 Malaysia saya, 125zrider ingin memohon maaf kerana telah lama tidak mengupdate blog ini. hal ini disebabkan saya amat sibuk menhabiskan sesi pengajian di kolej dan memulakan sesi kerjaya saya di sebuah syarikat terkemuka di Bandaray Kuala Lumpur.

Dengan kerjaya yang saya ceburi sekarang, thread jualan saya pun sudah lama tidak berjalan dengan lebih baik. di kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan adik2 dan abang2 dengan thread jualan yang saya lakukan selama ini.

saya amat senang dan selesa untuk berurusniaga dengan anda semua. tetapi, di sini saya ingin memberikan khabar yang mungkin kurang baik, kerana saya terpaksa memberi sepenuh perhatian kepada kerjaya saya yang baru ini. dengan itu, saya tidak dapat lagi membuat sebarang urusniaga dengan anda semua. namun, saya tetap akan mengupdate blog ini dengan info2 menarik tentang dunia permotoran zaman kini.

semoga info yang saya berikan dapat membantu anda semua meimprovekan lg dunia permotoran di malaysia ini. Saya sebagai seorang MBCian juga berharap anda semua dapat menyertai saya dalam MBC.

akhir kata, sebarang permintaan barang-barang motor, tidak dapat saya sediakan untuk anda. jika anda memerlukan petua atau tunjuk ajar, saya akan cuba membantu anda walaupun ilmu saya tidak setinggi mana. Sharing is Caring, so, kalau saya salah, anda boleh betolkan. sebarang pertanyaan anda boleh hantarkan emel ke emel saya.

Penaung