Friday, March 25, 2011

Yamaha Akan Memberhentikan pengeluaran RXZ dan 125Z

Korang sebagai peminat setia dunia permotoran ada terdengar ke tidak tentang isu ni??? Sebenarnya, isu ini dikeluarkan lebih kurang pada tahun 2008 lagi, namun kerana permintaan tinggi terhadap 'The Boss' dan 'The Moped King', Yamaha terpaksa menunda niat mereka untuk menghentikan pengeluaran kedua-dua jenis motosikal 2-lejang tersebut.

Namun, oleh kerana sebab-sebab alam sekitar dan juga gesaan pihak kerajaan Malaysia, yang memang sudah lama melarang kemasukan motosikal jenis 2-lejang ini berikutan faktor alam sekitar dan faktor bunyi, Yamaha terpaksa akur. Mereka mungkin akan menghentikan pengeluaran motosikal tersebut pada tahun ini.

Dan jika anda peminat setia permotoran kapcai ini, anda pasti perasan dengan kekurangan jumlah motosikal Yamaha RXZ dan Yamaha 125z di kedai-kedai motosikal di negara kita. Hal ini kerana, pengeluaran motosikal terbabit semakin berkurangan, jadi permintaan tidak akan dapat dipenuhi. Pernah juga para peniaga motosikal merungut kerana kedua-dua motosikal tersebut mendapat permintaan yang tinggi namun stok tidak dapat dipenuhi berdasarkan permintaan atas sebab yang telah disebutkan tadi.

Oleh itu, jika anda masih belum lagi mendapatkan motosikal Yamaha RXZ dan Yamaha 125Z iaitu 'The Boss a.k.a The King' dan 'The Moped King' tersebut, silalah tempah sekarang kerana nanti, sudah tiada dijual, begitu juga dengan mineral 2T, dapatkan stok yang mencukupi untuk motosikal anda.

Penaung